Personal Data Protection Notice

CTC GLOBAL SDN BHD
(Effective date: 01 November 2023)
(Last reviewed: 12 October 2023)

Notis Perlindungan Data Peribadi 

CTC GLOBAL SDN BHD
(Berkuatkuasa pada: 01 November 2023)
(Terakhir dikemaskini pada: 12 Oktober 2023)

1) INTRODUCTION
CTC Global Sdn Bhd (“CTC”) cares about your personal data protection. This notice clarifies how CTC processes your data from the point we collect, use, share, dispose of and the security measure that we established to ensure your personal data is well protected.

1) PENGENALAN
CTC Global Sdn Bhd (“CTC”) mengambil berat mengenai perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan bagaimana CTC memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

2) COLLECTION OF PERSONAL DATA
We collect your personal data which range from your name, address, telephone number, NRIC, passport details, email address, your personal preferences, particulars of your spouse or family members and bank account information and any information which may identify you, your spouse or family members.

2) PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Kami mengumpul data peribadi anda yang merangkumi nama anda, alamat, nombor telefon, NRIC, butiran pasport, alamat e-mel, pilihan peribadi anda, butiran mengenai pasangan atau ahli keluarga anda, dan maklumat akaun bank serta sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti anda, pasangan anda atau ahli keluarga anda.

3) SOURCE OF PERSONAL DATA COLLECTION
CTC may also collect your Personal Data including without limitation from the following:

a. Employment Application Form available at our website (www.ctc-g.com.my/careers/career-opportunities/)
b. CTC Get in Touch enquiry form available at our website (www.ctc-g.com.my/contact-us-2/)
c. Marketing/Customer Events e.g. conferences, seminars or talks organised or sponsored by CTC
d. Cookies used on the Website
e. Any other sales related documents

3) SUMBER PENGUMPULAN DATA PERIBADI
CTC memperolehi Data Peribadi anda, daripada pelbagai sumber-sumber contohnya seperti berikut:

a. Borang Permohonan Pekerjaan yang terdapat di sesawang kami (www.ctc-g.com.my/careers/career-opportunities/)
b. Borang Pertanyaan CTC Get in Touch yang terdapat di sesawang kami (www.ctc-g.com.my/contact-us-2/)
c. Acara Pemasaran/Pelanggan seperti persidangan, seminar, atau ceramah yang didianjurkan atau ditaja oleh CTC
d. Kuki yang digunakan di sesawang
e. Dokumen-dokumen yang yang berkaitan dengan jualan

4) REASON FOR PERSONAL DATA COLLECTION AND DISCLOSURE
We collect your personal data for the business activities of CTC which shall include, without limitation:

a. to communicate with you.
b. to perform CTC’s obligations in respect of any contract entered into with you e.g., to process your request to purchase our product/service, deliver our product to your desired address and location.
c. for internal administrative purposes, such as auditing, data analysis, database records.
d. to provide information to regulatory and governmental authorities to comply with statutory and government requirements.
e. for CTC to comply with its obligations under law.
f. to send you materials such as newsletters, articles as well as other updates e.g., send new product promotion to you (only with your consent).
g. to distribute information or details of events, seminars, conferences and talks which may of interest to you.
h. Process your employment related matters.

4) TUJUAN PENGUMPULAN DAN PENZAHIRAN DATA PERIBADI
Kami mengumpul data peribadi anda semasa aktiviti perniagaan dengan tujuan , antara lain:

a. untuk berkomunikasi dengan anda.
b. bagi melaksanakan obligasi CTC dalam sebarang kontrak yang di buat dengan anda, contohnya, untuk memproses permintaan anda dalam pembelian produk atau perkhidmatan kami, seperti menghantar produk kami ke alamat dan lokasi yang anda kehendaki.
c. bagi tujuan pentadbiran dalaman, seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data.
d. dalam menyediakan maklumat kepada pihak berkuasa dan kerajaan dalam mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan.
e. untuk CTC mematuhi obligasinya di bawah undang-undang.
f. bagi penghantaran bahan baca seperti buletin, artikel, serta bahan kemas kini yang lain, contohnya, menghantar bahan promosi produk baru kepada anda (hanya dengan persetujuan anda).
g. bagi pengedaran maklumat atau butiran berkaitan dengan acara-acara, seminar, persidangan, dan ceramah yang mungkin menarik minat anda.
h. dengan tujuan memproses perkara–perkara yang berkaitan pekerjaan anda.

5) PROCESSING OF PERSONAL DATA
We only process your personal data within Malaysia. As CTC’s information technology storage facilities and servers may be located in other jurisdictions, your Personal Data may be transferred to, stored, used and processed in a jurisdiction other than Malaysia. Further, your personal data may be transferred out of Malaysia for the purposes as described above where such potential customers are located outside of Malaysia. You understand and consent to the transfer of your Personal Data out of Malaysia as described herein.

5) BAGAIMANA DATA PERIBADI DI PROSES
CTC hanya memproses data peribadi anda di dalam Malaysia. Oleh kerana fasiliti penyimpanan teknologi maklumat dan pelayan CTC mungkin terletak di bidang kuasa negara lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan, digunakan, dan diproses di bidang kuasa selain daripada Malaysia. Selain itu, data peribadi anda boleh dipindahkan keluar dari Malaysia untuk tujuan seperti yang diterangkan di atas di mana pelanggan-pelanggan potensi berada di luar Malaysia. Anda memahami perkara tersebut dan dengan ini bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi anda keluar daripada Malaysia seperti yang diterangkan di sini.

6) SECURITY MEASURE
We take these measures to protect your personal data:

a. By ensuring your personal data is kept as required by Act 709
b. By ensuring our staff do not misuse your personal data
c. By performing contract/agreement with system vendor or other third parties appointed by the Company.

Nevertheless, you are required to ensure the security of your password and not to disclose it to another party to reduce the risk of data breaches.

6) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Langkah-langkah keselamatan ini diambil untuk melindungi data peribadi anda:

a. Dengan memastikan data peribadi anda disimpan seperti yang diperlukan oleh Akta 709
b. Dengan memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
c. Dengan memastikan adanya kontrak/perjanjian dengan vendor sistem atau pihak ketiga lain yang dilantik oleh Syarikat.

Walaupun begitu, anda dikehendaki memastikan keselamatan kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada pihak lain untuk mengurangkan risiko pecah data.

7) PERSONAL DATA RETENTION PERIOD
We will retain your personal data for seven (7) years. If you are no longer in a business relationship with CTC, we will permanently delete your personal data.

7) TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Kami akan menyimpan data peribadi anda selama tujuh (7) tahun. Jika anda tidak lagi ada hubungan perniagaan dengan CTC, kami akan memadamkan data peribadi anda secara mutlak.

8) YOUR RIGHTS
You have the right to:
a. Correct/Update your personal data at ContactUs@ctc-g.com.my
b. Access your personal data which we process and keep with us
c. Stop any of our new promotional products sent to you
d. Withdraw your consent for us to process your personal data

8) HAK-HAK ANDA
Anda mempunyai hak untuk:
a. Memperbetulkan/Mengemaskini data peribadi anda di ContactUs@ctc g.com.my
b. Mengakses data peribadi anda yang kami proses dan simpan
c. Menamatkan sebarang promosi produk baru yang dihantar oleh kami kepada anda
d. Menarik balik kebenaran anda bagi kami memproses data peribadi anda

9) CONTACT US
You can contact us or submit your inquiry in regard to the processing of your personal data at ContactUs@ctc-g.com.my or +603 7966 9288.

If you do not consent to CTC processing your Personal Data for the purposes listed above, please contact/notify CTC accordingly.

9) HUBUNGI KAMI
Anda boleh menghubungi kami atau mengemukakan sebarang pertanyaan anda mengenai pemprosesan data peribadi anda di ContactUs@ctc-g.com.my atau +603 7966 9288.

Jika anda tidak bersetuju dengan CTC memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang disenaraikan di atas, sila hubungi/maklumkan kepada CTC dengan sewajarnya.

-end-

Back to Top